Halaman Utama

Khamis, 10 Mei 2012

Bagaimana nak lebatkan rambut?

Anda pernah melaburkan sejumlah wang yang sangat besar semata-mata untuk mendapatkan rambut yang lebat? Namun hasilnya mengecewakan?? Apa kata anda cuba petua orang lama yang mungkin jauh lebih berkesan dan insya-Allah akan membuahkan hasil yang memuaskan.

 

Di sini terdapat beberapa petua melebatkan rambut yang boleh dicuba...

PETUA 1:
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalkan seminggu 2 kali, insya-Allah, anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.
  

PETUA 2:
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minit, selepas itu bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hari sekali dan lihat hasilnya.

PETUA 3:
Sapukan minyak bijan pada akar rambut atau kulit kepala sebelum tidur. Esok paginya, syampu dan bilaslah rambut seperti biasa.

PETUA 4:
Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resepi bagi mengurangkan rambut gugur.
 

PETUA 5:
Kisar sebiji nenas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumurkan pada rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 kali seminggu.
nenas.jpg (714×600)


SELAMAT MENCUBA! Semoga anda mendapat rambut lebat yang diidam-idamkan! :)
thick hair.jpg (400×600)

Isnin, 23 April 2012

Minyak Jojoba: 1001 Khasiatnya

 

Simmondsia sinensis atau lebih dikenali dengan nama Jojoba bukanlah satu bahan yang asing dalam penghasilan produk-produk kecantikan dan penjagaan diri seperti sabun, syampu mahupun produk kosmetik. Kini ia begitu popular terutama minyaknya, namun sebenarnya masyarakat pribumi barat daya Amerika telah terlebih dahulu menggunakan tumbuhan ini dalam kehidupan mereka.

Jojoba merupakan pohon renek yang tumbuh secara semula jadi di kawasan gurun Arizona, barat laut Mexico dan utara California. Maka tidak hairanlah jika ia seringkali digunakan dalam kehidupan masyarakat Amerika terutamanya masyarakat pribumi.

Pokok jojoba ditanam bagi mendapatkan bijinya, ini kerana minyak jojoba dihasilkan daripada biji-bijinya. Disebabkan masyarakat pribumi Amerika sentiasa berada di kawasan gurun yang panas terik, dikatakan masyarakat pribumi ini menggunakan minyak jojoba untuk melindungi kulit dan rambut mereka daripada kepanasan matahari.

Bagi menghasilkan minyak jojoba, biji-bijinya perlu dihancurkan terlebih dahulu. Minyak jojoba biasanya digunakan sebagai aromaterapi untuk minyak pati. Minyak ini juga mengandungi pelbagai zat penting iaitu seperti vitamin E, vitamin B kompleks dan silikon mineral, kromium, tembaga dan zink.

Minyak jojoba dikatakan mengandungi bahan antimikrob. Ini bermakna secara tidak langsung ia tidak menggalakkan pembesaran beberapa jenis bakteria dan kulat yang menyerang kulit. Ia juga berupaya melindungi kulit daripada menjadi terlalu berminyak dan dikatakan mampu merawat jerawat dengan cara mengurangkan penghasilan sebum dan melindungi kulit daripada bakteria berbahaya selain amat efektif untuk melembut, melembap dan menghaluskan kulit.

Isnin, 20 Februari 2012

4 Khasiat Utama Lidah Buaya

Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.

Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.

Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.

Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.

Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.

Isnin, 9 Januari 2012

Apa Manfaat Strawberi?


Warna dan rupanya yang cantik dan unik menjadikan strawberi salah satu jenis buah yang digemari ramai. Namun tahukah anda, warna merah yang terdapat pada buah strawberi ini sebenarnya bermaksud ia kaya dengan pigmen warna antosianin yang tinggi serta merupakan agen antioksidan yang tinggi.

Ia juga diperkaya dengan serat, mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi Vitamin C yang sangat baik untuk pertumbuhan kanak-kanak, potasium, folat dan asid ellagic. Zat antioksidan yang terdapat pada buah ini juga lebih tinggi berbanding buah atau sayur-sayuran lain.

Strawberi jika dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan menjadikan warna kulit lebih cerah serta bersih. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa strawberi dapat menguatkan sel darah merah untuk bertindak ke atas tekanan oksidatif yang mana boleh menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit.

Jadi, ini merupakan berita gembira bagi para penggemar buah strawberi! Namun harus diingat, buah strawberi yang telah mulai busuk harus diasingkan dari buah yang masih elok kerana ia akan cepat menular dan merosakkan buah-buah lain yang masih elok.

Jumaat, 16 Disember 2011

Rahsia Kolagen


Kolagen yang telah dihidrolisiskan


APA ITU KOLAGEN?

Kolagen adalah sejenis protein iaitu bahan asas pembentukan tubuh manusia di mana ia menyokong pembentukan kulit, otot, kuku, rambut dan tulang. Kolagen memainkan peranan penting untuk membentuk kulit cantik, anjal, tegang dan muda secara semulajadi. Kolagen terdapat banyak pada badan haiwan, dan ia merupakan elemen utama dermis dan tisu penghubung. Sesetengah kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik diekstrak daripada tulang dan kulit haiwan. Kebanyakan kolagen di pasaran hari ini dihasilkan daripada haiwan seperti lembu dan khinzir.

Pengguna juga kini mempunyai pilihan untuk memilih kolagen yang diperbuat daripada sumber marin dan tumbuhan contohnya dari ikan tilapia dan lobak merah yang lebih diyakini statusnya yang halal. Kolagen banyak digunakan dalam produk makanan kesihatan, kosmetik dan perubatan.

Penghasilan kolagen dalam tubuh mulai menurun pada kadar 1.5% setiap tahun bermula apabila kita mencapai 25 tahun dan akan kehilangan lebih daripada 30% kolagen ketika berusia 45 tahun. Ini bermakna, seseorang yang telah mencapai 25 tahun sangat perlu untuk menambahkan kolagen dalam tubuh badan supaya dapat mengekalkan keanjalan kulit dan seterusnya melambatkan penuaan.

Dengan pengambilan kolagen, ia dapat menyokong struktur kulit sekaligus dapat menganjalkan dan menegangkan kulit. Oleh itu kulit anda akan kembali bermaya dan lebih berseri.

Sumber: Web Kecantikan

Isnin, 12 Disember 2011

Rahsia Kecantikan Wanita 5 Negara

Petua nenek moyang dari 5 negara.


1) Greece

Mereka menggunakan oren untuk menyegarkan kulit. Pati oren juga dapat membunuh bakteria penyebab jerawat. Jika anda mahu mencubanya, bersihkan wajah dengan air suam dan campur dengan essential minyak oren, atau juga dapat menggunakan masker dengan ditambah jus oren.

2) Britain

Di Britain, hampas dari teh dipercayai dapat menghilangkan lingkaran hitam terutama di kawasan mata. Malah para wanita menyimpan hampas itu di dalam peti ais, dan dapat digunakan untuk menjaga kecantikan wajah mereka.

3) Russia

Para wanita di sana telah biasa menggunakan kopi untuk digosokkan ke kulit mereka. Hasil kecantikan yang didapati adalah dapat menghilangkan bau badan serta tona kulit yang cerah dan berseri. Mereka melakukannya ketika bersauna supaya penanggalan sel kulit mati berlaku secara optima.

4) Jepun

Kebanyakan wanita Jepun lebih suka menggunakan kotoran burung Uguisu no Fun (Nightingale) untuk membersihkan kulit mereka. Malah kotoran tersebut juga turut dijadikan masker. Sekarang, mereka masih menggunakan petua ini namun dicampur dengan sabun terlebih dahulu.

5) Mesir

Dipercayai Ratu Cleopatra gemar menggunakan susu dan madu untuk kecantikan wajahnya. Dia juga sering mandi dengan garam laut dan lumpur laut mati. Ratu Mesir ini percaya bahawa bahan-bahan itu dapat memberinya kulit yang bersih dan halus serta wajah yang cantik dan bersinar. Dia juga percaya bahawa petua kecantikan yang dilakukannya juga merupakan rahsia awet muda.

Isnin, 5 Disember 2011

Buah Manggis dan Khasiatnya


Buah Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Buah Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan Kegunaan

Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah Manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Rasa buah manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...