Warna dan rupanya yang cantik dan unik menjadikan strawberi salah satu jenis buah yang digemari ramai. Namun tahukah anda, warna merah yang terdapat pada buah strawberi ini sebenarnya bermaksud ia kaya dengan pigmen warna antosianin yang tinggi serta merupakan agen antioksidan yang tinggi.
Ia juga diperkaya dengan serat, mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi Vitamin C yang sangat baik untuk pertumbuhan kanak-kanak, potasium, folat dan asid ellagic. Zat antioksidan yang terdapat pada buah ini juga lebih tinggi berbanding buah atau sayur-sayuran lain.
Strawberi jika dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan menjadikan warna kulit lebih cerah serta bersih. Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa strawberi dapat menguatkan sel darah merah untuk bertindak ke atas tekanan oksidatif yang mana boleh menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit.
Jadi, ini merupakan berita gembira bagi para penggemar buah strawberi! Namun harus diingat, buah strawberi yang telah mulai busuk harus diasingkan dari buah yang masih elok kerana ia akan cepat menular dan merosakkan buah-buah lain yang masih elok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan