Halaman Utama

Jumaat, 16 Disember 2011

Rahsia Kolagen


Kolagen yang telah dihidrolisiskan


APA ITU KOLAGEN?

Kolagen adalah sejenis protein iaitu bahan asas pembentukan tubuh manusia di mana ia menyokong pembentukan kulit, otot, kuku, rambut dan tulang. Kolagen memainkan peranan penting untuk membentuk kulit cantik, anjal, tegang dan muda secara semulajadi. Kolagen terdapat banyak pada badan haiwan, dan ia merupakan elemen utama dermis dan tisu penghubung. Sesetengah kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik diekstrak daripada tulang dan kulit haiwan. Kebanyakan kolagen di pasaran hari ini dihasilkan daripada haiwan seperti lembu dan khinzir.

Pengguna juga kini mempunyai pilihan untuk memilih kolagen yang diperbuat daripada sumber marin dan tumbuhan contohnya dari ikan tilapia dan lobak merah yang lebih diyakini statusnya yang halal. Kolagen banyak digunakan dalam produk makanan kesihatan, kosmetik dan perubatan.

Penghasilan kolagen dalam tubuh mulai menurun pada kadar 1.5% setiap tahun bermula apabila kita mencapai 25 tahun dan akan kehilangan lebih daripada 30% kolagen ketika berusia 45 tahun. Ini bermakna, seseorang yang telah mencapai 25 tahun sangat perlu untuk menambahkan kolagen dalam tubuh badan supaya dapat mengekalkan keanjalan kulit dan seterusnya melambatkan penuaan.

Dengan pengambilan kolagen, ia dapat menyokong struktur kulit sekaligus dapat menganjalkan dan menegangkan kulit. Oleh itu kulit anda akan kembali bermaya dan lebih berseri.

Sumber: Web Kecantikan

Isnin, 12 Disember 2011

Rahsia Kecantikan Wanita 5 Negara

Petua nenek moyang dari 5 negara.


1) Greece

Mereka menggunakan oren untuk menyegarkan kulit. Pati oren juga dapat membunuh bakteria penyebab jerawat. Jika anda mahu mencubanya, bersihkan wajah dengan air suam dan campur dengan essential minyak oren, atau juga dapat menggunakan masker dengan ditambah jus oren.

2) Britain

Di Britain, hampas dari teh dipercayai dapat menghilangkan lingkaran hitam terutama di kawasan mata. Malah para wanita menyimpan hampas itu di dalam peti ais, dan dapat digunakan untuk menjaga kecantikan wajah mereka.

3) Russia

Para wanita di sana telah biasa menggunakan kopi untuk digosokkan ke kulit mereka. Hasil kecantikan yang didapati adalah dapat menghilangkan bau badan serta tona kulit yang cerah dan berseri. Mereka melakukannya ketika bersauna supaya penanggalan sel kulit mati berlaku secara optima.

4) Jepun

Kebanyakan wanita Jepun lebih suka menggunakan kotoran burung Uguisu no Fun (Nightingale) untuk membersihkan kulit mereka. Malah kotoran tersebut juga turut dijadikan masker. Sekarang, mereka masih menggunakan petua ini namun dicampur dengan sabun terlebih dahulu.

5) Mesir

Dipercayai Ratu Cleopatra gemar menggunakan susu dan madu untuk kecantikan wajahnya. Dia juga sering mandi dengan garam laut dan lumpur laut mati. Ratu Mesir ini percaya bahawa bahan-bahan itu dapat memberinya kulit yang bersih dan halus serta wajah yang cantik dan bersinar. Dia juga percaya bahawa petua kecantikan yang dilakukannya juga merupakan rahsia awet muda.

Isnin, 5 Disember 2011

Buah Manggis dan Khasiatnya


Buah Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Buah Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan Kegunaan

Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah Manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Rasa buah manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...