Untuk menurunkan berat badan, Kita perlulah:-
1) Makan secara sihat
2) Tingkatkan aktiviti aktif
3) Tidur yang berkualiti
Tidur adalah waktu di mana badan kita mendapatkan rehat fizikal dan mental. Jika anda struggle utk turun berat badan, dah diet makanan sihat dan dah bersenam, tapi berat tetap tidak turun, Cuba anda lihat kembali bagaimana cara anda tidur..
Apa kena mengena tidur dgn penurunan berat? Tidur yg tidak cukup akan mengganggu penghasilan hormone badan, terutamanya ia akan meningkatkan hormon lapar. Mereka yg tak cukup tidur akan makan banyak dan asyik lapar. Bukan sahaja tidur kena cukup 7-8 jam, tapi tidur pun kena berkualiti. Tidur yg terganggu akibat bunyi bising, berdengkur atau cahaya, badan tak dapat kesan apa-apa dari tidur. Itu yg menyebabkan rasa malas & mengantuk, badan sakit2, tidak bertenaga dan tak ada mood. Jadi kalau nak turun berat & selera makan terkawal, kena jaga aktiviti tidur. Pastikan bilik tidur gelap dan tiada bunyi, matikan segala alat elektronik seperti TV, radio, handphone etc, dan pastikan bilik tidur selesa untuk dapatkan tidur yg lena.
Bila time puasa, waktu tidur jadi sikit sebab kita bangun awal utk bersahur. Itu tak masuk lagi kalau kita berjaga tgh malam utk beribadat. Bila jadi mcm ni, kita ‘berhutang’ tidur dgn badan kita. Kita kena bayar ‘hutang tidur’ dgn tidur sekejap di waktu tghari. Jgn tidur terlalu lama, 15-30 minit sudah mencukupi. Kelebihan tidur tghari ialah ia akan cas semula badan dan minda. Klu nak tahu, atlit profesional dan juga artis ternama; ada yg amalkan tidur tengahari. Bagi atlit mereka berasa lebih bertenaga & bagi artis, mereka boleh berfikir lebih kreatif. Kalau tak boleh tidur tghari, ganti dengan tidur lebih lama di waktu cuti. Selesai kemas rumah, tidur tanpa jam loceng & bangun selepas anda terjaga dgn sendiri.
Kesimpulan, tidur bukan petanda org malas, tidur adalah aktiviti bijak utk jadi lebih sihat, lebih slim, lebih cergas
Kepada yang berminat sila layari http://spaeriesya.com.my @ Jika berminat untuk beli produk kami sila klik http://beautyspa.lot.my @ hubungi kami di 04-4255535
Tiada ulasan:
Catat Ulasan