Halaman Utama

Khamis, 10 November 2011

KEPENTINGAN AIR UNTUK BADAN

Kebanyakan kita kurang tahu tentang kepentingan air kepada badan. Badan kita terdiri daripada 65% air, dan air adalah sumber utama utk sel, pelincir bagi pergerakan, bendalir utk saraf, penghantar nutrisi ke setiap inci tubuh dan perkumuhan. Air juga berguna utk mengekalkan otot dan juga membuang lemak. Nampak tak betapa besarnya kegunaan air?

Jangan minum kalori anda, air yg dicampur gula atau susu mempunyai kalori. Oleh itu elakkan minum teh, kopi, koko, teh tarik, jus, sirap, mocha, ice blended, soda, air gas etc. Air jus buahan selalunya dianggap sihat sebenarnya mengandungi kandungan gula sama seperti air soda. Sumber utama air utk anda ialah air kosong. Jika anda inginkan perisa, boleh campur teh atau limau nipis tanpa dicampur gula.


Bagi yg bukan Muslim; jika serius untuk turunkan berat, anda perlu berhenti dari ambil alkohol. Pengambilan alkohol akan membebankan organ hati dan ia akan mengurangkan badan utk membakar kalori & lemak. Alkohol akan menganggu sistem imun badan dan juga menganggu kualiti tidur. Alkohol juga tinggi karbohidrat dan tiada protein, oleh itu ia memang tidak diperlukan oleh badan.

Bagaimana nak pastikan tubuh anda cukup air? Saya syorkan anda beli sebuah bekas air sekurang-kurangnya 2 liter dan pastikan setiap hari anda habiskan air dari bekas tersebut. Bawa bekas air itu kemana-mana dan minum sedikit demi sedikit. Buat sehingga ia menjadi tabiat. Lama kelamaan kesannya akan kelihatan dari segi kesihatan, kecergasan, kulit & bentuk tubuh. Minum air anda di siang hari dan kurangkan minum air di waktu malam. Ini utk mengelakkan dari tidur malam terganggu akibat terjaga utk ke tandas.


Kepada yang berminat sila layari http://spaeriesya.com.my @ Jika berminat untuk beli produk kami sila klik http://beautyspa.lot.my @ hubungi kami di 04-4255535


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...