Menyamankan Kulit Wajah
Adakah kulit wajah anda tergolong dalam kulit jenis sensitif dan terasa tegang setiap kali terdedah pada sinaran matahari. Jika betul, hindari kulit daripada sinaran matahari. Sebaiknya jangan terus mencuci wajah dengan air untuk menyejukkannya.
Biarkan wajah beberapa minit, kemudian, sapukan seluruh wajah dengan lidah buaya. Lendir yang terdapat dalam batang lidah buaya dikatakan mampu mendinginkan wajah yang terbakar akibat sinaran matahari. Setelah itu, biarkan beberapa saat, kemudian bilas dengan air.
Anti-Penuaan Dan Anti-oksida
Kandungan mineral seperti Vitamin C, Vitamin E dan Zink dalam lidah buaya bermanfaat sebagai anti-oksida secara semula jadi, sekali gus ia membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu, terdapat juga kandungan nutrisi yang membantu dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada wajah yang sudah mulai kelihatan. Kandungan zat yang terdapat dalam lendir lidah buaya ini boleh menembusi dan meresap ke dalam kulit, untuk membantu melembapkan kulit selain menjadikan kulit lebih awet muda.
Mengendurkan Otot Di Bahagian Mata
Apabila anda terasa otot-otot pada bahagian mata mulai terasa penat letih dan pedih akibat terlalu lama berada di depan komputer, apa kata anda segarkan kembali mata dengan cara dengan menggunakan lidah buaya. Caranya mudah, belah dua batang lidah buaya lalu menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Kemudian letakkannya di atas mata sambil tidur beberapa saat. Anda akan lihat hasilnya, mata akan terasa lebih relaks dan segar.
Atasi Kulit Berminyak
Bagi mereka yang memiliki kulit jenis berminyak, pastinya ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit. Salah satunya adalah timbulnya banyak jerawat di wajah. Kandungan pH di dalam lidah buaya, dikatakan boleh membantu mengawal dan menyeimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah. Justeru, pemakaian masker lidah buaya setiap hari, boleh membantu dalam mengembalikan kulit wajah kembali normal serta dapat mengatasi masalah jerawat misalnya.