Halaman Utama

Khamis, 31 Mac 2011

Ini rahsia untuk kempiskan perut…



Haa… ini ada beberapa petua kempiskan perut yang boleh dicuba.

Petua 1 – Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.

Petua 2 – Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

Petua 3 – Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersbut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.


Petua kami di Eriesya Spa??Hanya gunakan buih sabun je...

Gunakan Sabun HOT CHILI .....TERBAIK!!

Khamis, 10 Mac 2011

DOA UNTUK MENGELAKKAN GANGGUAN SYAITAN MAUPUN SIHIR


Doa untuk mengelakkan dari gangguan syaitan mahupun sihir.Surah Al-A'raf ayat 13

Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.

Hafal dan baca serta amalkan lepas solat.

Jika surah hud ayat 56 dan surah di atas tidak memadai, maka bacalah surah al-baqarah dari awal sampai habis dan kalau boleh baca quran sampai khatam dalam rumah.. insyaAllah


Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

'Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa'

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim).

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampun

kan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum

beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukan". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...