Halaman Utama

Isnin, 5 Disember 2011

Buah Manggis dan Khasiatnya


Buah Manggis atau nama saintifiknya (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis dikenali sebagai “ratu segala buah” sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai “raja segala buah”.

Buah Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.

Khasiat dan Kegunaan

Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antikoksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.

Buah Manggis mengandungi asid malic menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari tristearin dan oleic glycerides dan asid myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).

Rasa buah manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...