
Jangan minum kalori anda, air yg dicampur gula atau susu mempunyai kalori. Oleh itu elakkan minum teh, kopi, koko, teh tarik, jus, sirap, mocha, ice blended, soda, air gas etc. Air jus buahan selalunya dianggap sihat sebenarnya mengandungi kandungan gula sama seperti air soda. Sumber utama air utk anda ialah air kosong. Jika anda inginkan perisa, boleh campur teh atau limau nipis tanpa dicampur gula.

Bagaimana nak pastikan tubuh anda cukup air? Saya syorkan anda beli sebuah bekas air sekurang-kurangnya 2 liter dan pastikan setiap hari anda habiskan air dari bekas tersebut. Bawa bekas air itu kemana-mana dan minum sedikit demi sedikit. Buat sehingga ia menjadi tabiat. Lama kelamaan kesannya akan kelihatan dari segi kesihatan, kecergasan, kulit & bentuk tubuh. Minum air anda di siang hari dan kurangkan minum air di waktu malam. Ini utk mengelakkan dari tidur malam terganggu akibat terjaga utk ke tandas.
Kepada yang berminat sila layari http://spaeriesya.com.my @ Jika berminat untuk beli produk kami sila klik http://beautyspa.lot.my @ hubungi kami di 04-4255535
Tiada ulasan:
Catat Ulasan